“Saya tidak pernah berniat…” – Slps Khwini Ira Kazar di Thailand, Syamsul Yusof d3dahkn sedang lakukan perkara ini pula.

Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof menegaskan dia tidak berniat sama sekali untuk membelakangkan ibu dan ayahnya susulan pernikahan keduanya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar di Thailand.

Menurut laporan Harian Metro, dia mengakui keputusannya itu tidak mudah untuk diterima oleh kedua orang tuanya naun, dia percaya satu hari nanti segalanya akan berbaik seperti sedia kala.

“Saya sudah menonton video tangisan ayah dan saya sudah membaca komen-komen mama menerusi media sosial. Saya tidak pernah berniat untuk membelakangkan ayah dan mama.

“Saya sedar keputusan saya ini tidak mudah mereka terima. Namun, seperti saya kata tadi ia adalah mengenai masa. Saya berdoa agar masa mengubat kami semua,” ujarnya.

Tambah pengarah yang berusia 38 tahun itu lagi, dia akan sedaya upaya untuk memujuk hati ibu dan ayahnya walaupun mengetahui ia bukanlah satu perkara yang mudah.

“Saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama. Saya tahu ia bukan mudah. Insya-Allah saya tidak akan pernah berhenti mencuba. Doakan.

Dalam pada itu, Syamsul turut menegaskan dia akan berusaha untuk memperbaiki semula hubungannya bersama Puteri Sarah untuk kembali berbaik seperti sebelum ini.

Malah, dia meminta kepada orang ramai supaya memberikan dia ruang dan waktu untuk memulihkan keadaan dan perlu meletakkan keutamaannya dengan segera terutama dua orang anaknya yang dianggap sebagai nyawanya sendiri.

Terdahulu Yusof Haslam kecewa, enggan komen lebih kerana mahu jaga hati semua pihak

Bapa kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam memberitahu dia enggan memberikan sebarang komen berhubung isu rumah tangga anaknya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar.

Memetik laporan Harian Metro, dia yang juga penerbit dan pengarah tersohor mengatakan tindakan itu dibuat bagi menjaga hati semua oihak selain enggan mengeruhkan keadaan sedia ada.

“Saya memilih untuk tidak mengulas apa-apa berhubung isu ini. Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan,”ujarnya.

Pengarah berusia 68 tahun itu berkata, cukuplah hanya memberi segala kenyataan yang diberikan sebelum ini. Dalam pada itu. Yusof mengatakan dia hanya mampu mendoakan terbaik buat rumah tangga anaknya bersama isteri-isteri.

“Saya mendoakan yang terbaik dan tidak mahu komen lebih lanjut lagi demi kebaikan semua pihak,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Yusof ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana mahu menjaga hati semua pihak dan enggan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang.

Pun begitu, dia tetap kecewa dengan tindakan Syamsul mengawal dan menyelesaikan masalah rumah tangga bersama kedua-dua isterinya.

Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan Syamsul di media sosial, dia meminta masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang dilalui dimana isteri pertama serta keluarganya menentang perkahwinan keduanya dengan Ira Kaza.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada minggu lalu, Syamsul telah mengaku bernikah dengan Ira Kaza di Thailand berwalikan bapa kandung wanita terbabit yang juga aktor terkenal, Kazar Saisi. Butiran pernikahan mereka tidak pula dinyatakan secara jelas oleh Syamsul.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita), OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*