“yg bocor rahsia kau, a1b kau pun orang terdekat…” – Panas dgn bekas madu, Izreen Azminda sampai lakukan ini.

Pelakon, Izreen Azminda yang sejak pagi tadi seakan ‘panas’ dengan seseorang nampaknya masih memuat naik beberapa hantaran di Insta Story seakan ditujukan kepada individu tersebut.

Dalam perkongsian terbarunya, dia dengan berani menyebut nama bekas madunya iaitu Intan Saleh yang turut sama berkongsi beberapa kenyataan di media sosial.

Memetik laporan BH Online, pelakon berusia 37 tahun itu bagaimanapun dilihat enggan memanjangkan situasi sebaliknya menyerahkan konflik tersebut kepada peguam.

Cukup untuk hari ni, nak ‘menyalak’ silakan

“Saya tak mahu komen, cuma boleh cakap sudah serahkan semuanya pada peguam. Peguam nasihatkan saya ‘tutup mulut’. Peguam akan uruskan semuanya,” kata Izreen.

Terdahulu, pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu berkongsi luahan berkenaan dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Intan yang juga dimuat naik di InstaStory.

Berbalas kenyataan di IG story

Menerusi muat naiknya, pelakon drama berkenaan telah mengajak Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh untuk bertemu bagi menyelesaikan perbalahan antara mereka yang saling berbalas kenyataan di Insta Story.

“Kali ni meh la kita jumpa. Aku nak rekod sesiap supaya takdak plot twist cerita. Okay. Jom jumpa Intan Saleh. Ni aku ajak terus depan-depan. Bawa suami sekali Kita coffee-coffee. berani kerana benar,” tulisnya.

Beri amaran kepada Intan

Isteri kepada pemuzik, Ude Wahid itu juga mengatakan jika bekas madunya itu sudah move on pastinya tidak membuat hantaran yang menyentuh pihaknya terutama sekali di media sosial.

Jadi, dia memberi peringatan suapaya Intan tidak terus melakukan hal sebegitu kerana ia terlihat negatif dan boleh membuka aib sendiri.

Punca sebenar belum diketahui

Perkongsian tersebut susulan daripada luahan-luahan yang dibuat merujuk kepada Intan Saleh pada pagi tadi. Mereka juga saling berbalas kenyataan di Insta Story termasuklah Ude.

Walau bagaimanapun, punca utama mereka bertelagah masih tidak dapat dipastikan kerana masing-masing seakan menyebut perihal ‘aib’ dan tidak menyatakan hal sebenar.

Untuk rekod, pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkat itu telah bernikah dengan Ude Wahid pada Ogos 2017 yang ketika itu sudah beristeri.

Walau bagaimanapun, Ude telah berpisah dengan bekas isterinya, Intan Liana Saleh pada 2018. Hasil perkahwinan pertama, dia telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Sumber: Instagram Izreen Azminda, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*