“Nervous… tapi happy sangat..” – Permulaan tahun baru yg baik, akhirnya Syuk dan Sera ambil keputusan ini.

Status rumah tangga pelawak Shuk Sahar dengan isterinya yang dikenali sebagai Rossa Sera masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Biarpun berdepan dengan kemelut rumah tangga sejak beberapa tahun lalu namun Shuk dan Sera memulakan tahun baharu dengan menunaikan umrah bersama pada Ahad.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Sera memohon semua orang mendoakan agar dia dan Shuk dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik selain umrah yang mabrur.

“Assalammulaikum semua, doakan kami berdua supaya dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri. Nervous tapi happy sangat. Alhamdulillah,” tulisnya secara ringkas.

Rata-rata netizen mendoakan Shuk dan Sera kembali bersama malah mereka juga memuji pelawak itu yang dilihat sudah berubah menjadi lebih baik.

“Bagusnya dia… tanggungjawab. Semoga Syuk dapat perbaiki mana yang salah dan berjodoh kembali demi anak-anak.

“Aku pasti Syuk ada kawan-kawan yang sangat baik yang selalu nasihatkan dia. Sebab tu Allah beri jalan pada dia dan Sera.

“Suka tengok Syuk yang sekarang banyak dah berubah… semoga bersatu kembali,” antara komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.

Alhamdulillah syukur

Perkongsian yang dibuat Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet.

Rata-rata menzahirkan rasa syukur melihat pelawak itu hadir bersama Sera ke Tanah Suci bagi beribadah dan mendoakan hubungan mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Wanita hebat yang perlu dicontohi

Semoga urusan dipermudah

Semoga yang baik2 untuk Shuk dan keluarga

Berdamailah demi anak2

 

 

Untuk rekod, Shuk Sahar pernah beberapa kali ‘kantoi’ curang dengan seorang wanita sehingga membuatkan isterinya t’awar hati’ dan keluar dari rumah.

Mereka juga dilihat pernah hadir ke mahkamah syariah dan belum ada kata putus berkenaan hubungan rumah tangga mereka sehingga ke hari ini.

Semoga semuanya dalam keadaan baik dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan lancar.

Sumber: Instagram Shuk Sahar, Gempak, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*