“saya baru mandi….” – Kongsi detik c3mas ‘dis3rang’, Peminat minta Zarina Zainuddin lakukan ini.

Pelakon, Zarina Zainuddin membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang diserang serangan Vertigo, baru-baru ini.

“Selepas Sinus & Migrain, Saya Diserang Vertigo..”

Zarina menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa dia mendapat serangan Vertigo setelah selesai dari mandi.

“Assalamualaikum, selepas sinus dan migraine, saya diserang Vertigo. Ya Allah ni saya baru mandi, Vertigo ni saya pernah kena masa saya bersalinkan Adam dulu.

Macam kipas berpusing pejam mata lagi sakit goyang satu kepala.”-Kongsi Zarina

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Akui dirinya sudah semakin sembuh, Zarina menyatakan bahawa mungkin serangan gejala itu berlaku disebabkannya yang banyak travel serta selesai menguruskan urusan ibunya keluar dari hospital di Ipoh.

“Alhamdulillah hari ni dah semakin sembuh. Mungkin saya banyak travel baru lepas bawa mak saya keluar dari hospital Ipoh balik KL saya pulak setengah nyawa mengadap.

Apapun saya bersyukur Allah bagi sakit dan nikmat .”-Kongsi Zarina

Peminat Kongsi Petua

Di ruangan komen, rata-rata netizen yang pernah mengalami situasi sama turut berkongsi petua yang diamalkan apabila diserang Vertigo, malah ramai yang menitipkan doa buat Zarina agar cepat sembuh.

“Orang yang pernah alami Vertigo saja yang tahu.”

“Ya..macam saya kalau dah kena Vertigo tak boleh nak tutup mata, nanti lagi rasa berpusing, lepas tu sampai muntah-muntah, benci kalau sakit Vertigo tu datang.”

“Kalau Vertigo cuba rebus gula merah bersama asam jawa dan air putih. Minum selagi hangat.”

“Pernah kena beberapa kali. Rela kena demam dari Vertigo ni. Sengsara! Ubatnya kena bertenang dan rest. Clear mind. Makan benda-benda berkhasiat. Dan tidur yang cukup.”

Sekadar info, Vertigo adalah suatu keadaan di mana pesakit akan merasa tidak stabil. Pesakit akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing.

Dalam sesetengah keadaan, Vertigo mungkin berpunca daripada kecederaan leher atau otak, masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok, sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga, serta migrain

Sama-sama kita doakan agar Zarina Zainuddin cepat sembuh..

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*