“Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia” – Datin Patimah.

Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam memaklumkan yang tiada keperluan untuknya bertemu dengan besan barunya, Kazar Saisi walaupun anaknya, Syamsul Yusof telah menikahi Ira Kazar.

Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi

Memetik laporan dari Berita Harian, Yusof mengatakan yang tiada apa hendak dibincangkan lagi memandangkan perkahwinan telahpun terjadi.

“Tiada apa yang perlu dibincang… Nasi sudah jadi bubur.”
Beliau juga memaklumkan enggan mengambil tahu dan campur urusan mereka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sedang hangat ketika ini.

Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu Itu!' – Isteri Yusof Haslam

“Saya tak mahu ambil tahu hal Kazar. Lagipun, kami memang tidak rapat. Kalau jumpa di luar, setakat tegur begitu sahaja.

“Selama ini, iaitu sejak empat dan lima tahun lalu apabila isu ini timbul, saya tidak pernah tanya pun kepadanya.

“Tidak manis rasanya kerana ini membabitkan dua pihak iaitu anak dia dan anak saya,” katanya.

Tak mahu ulas, isteri cukup terluka

Beliau yang ditanya apakah bersedia untuk bertemu Kazar untuk memperbaiki keadaan mengatakan tidak mahu mengulas isu tersebut kerana ingin menjaga hati isterinya, Datin Patimah Ismail.

“Saya tidak boleh hendak komen kerana ini membabitkan isteri saya. Saya tahu, dia sudah cukup terluka dengan apa yang berlaku.

“Rasanya, cukuplah kenyataan yang keluar dari mulut saya. Walau apapun yang terjadi, Syamsul tetap anak saya.

“Sebagai ayah, saya mendoakan yang terbaik untuknya,” luahnya.

Dia bukan besan

Dalam kenyataan ibu Syamsul menerusi laporan dari Mstar, Datin Patimah menegaskan bahawa keluarga Kazar bukanlah besannya apabila meninggalkan komen di ruangan Instagram hantaran berita perihal suaminya dan Kazar.

“Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia,” tulisnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat sokongan daripada warganet yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan yang dibuat ibu kepada Syamsul Yusof.

Mereka juga dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Puteri Sarah dan juga keluarga Syamsul yang merasakan mereka sedang diuji dengan tindakan pengarah tersohor itu.

Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud), Mstar, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*